Akaun madrasahnuruliman.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

" SEDEKAH SUBUH SEBAIK-BAIK WAKTU UNTUK BERSEDEKAH"


HADIAHKAN PAHALA INFAQ KEATAS IBU DAN BAPA DENGAN RM10

InshaAllah apa yang dihajatkan dipermudahkan dan juga mendapat pahala berpanjangan. Amin...

SEDEKAH TERBAIK ADALAH PADA WAKTU SUBUH 

Mengapa sedekah pada waktu pagi adalah sedekah yang terbaik?

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا (البخاري)

Daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad ﷺ bersabda bermaksud:
“Tidak ada yang berpagi-pagian para hamba padanya kecuali ada dua malaikat yang turun. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang menginfaqkan hartanya. " Sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kemusnahan bagi orang yang menahan (hartanya)”
(Hadis Riwayat Bukhari)

AYUH BERINFAQ SEAWAL SUBUH HARI
Pernahkah kita terfikir akan keberkatan dan nikmat rezeki kita? Kadang-kadang rasa tak cukup walaupun belum sampai setengah bulan.

Ada juga masa yang kita fikir nak berinfaq di siang atau petang hari, tetapi tiba-tiba tak jadi pula.


"Tiada sehari pun hamba memasuki suatu pagi, kecuali ada dua malaikat yang turun."
Salah satu dari malaikat berkata,
"Ya Allah, berikanlah rezeki kepad orang yang menafkahkan hartanya". Semenara yang lain berkata, "Ya Allah, kurangkanlah dari yang dimiliki orang yang menahan hartanya".

(HR BUKHARI & MUSLIM)

Maksud hadis di atas, apabila mengamalkan infaq di subuh hari, kita telah mendahulukan harta yang kita sayang dengan memberi kepada yang memerlukan,

berbanding dengan kita memberi dari sisa-sisa harta yang tinggal di siang harinya.

Oleh sebab itu, sebagai ganjaran, malaikat akan mendoakan kesejahteraan dan keberkatan rezeki buat kita. Bayangkan didoakan oleh malaikat yang tiada hijabnya di sisi Allah.

Percayalah, dengan amalan sedekah subuh ini, hati kita terasa tenang, rezeki yang ada terasa cukup. InshaAllah!!



LATAR BELAKANG MADRASAH NURUL IMAN


MADRASAH NURUL IMAN ini mula ditubuhkan pada 1 Januari 2019.


Beralamat di PL 39/2 KAMPUNG PARIT LANJUT, SUNGAI TERAP, BUKIT PASIR,

84300 MUAR, JOHOR.


Kini, madrasah ini memerlukan dana untuk menampung PEMBANGUNAN DI MUAR, JOHOR.


INI ADALAH KEADAAN SEMASA MADRASAH INI


(Keadaan terkini pondok & bangunan yang sedia ada di Madrasah Nurul Iman di

Muar, Johor)


 MASALAH YANG DIHADAPI: 

❌ Kekurangan Dana Untuk Memulakan Pembangunan Madrasah yang baru di Muar, Johor.

❌ Kekurangan Dana untuk menyediakan kemudahan untuk pelajar-pelajar tahfiz




Dari Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya."

(HR Muslim: No 4689)





 BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU MADRASAH INI? 


Untuk memudahkan tuan/puan menghulurkan bantuan, pihak kami telah susunkan mengikut pakej 

seperti dibawah:


PAKEJ INFAQ

PAKEJ SUMBANGAN IKHLAS
PAKEJ SUMBANGAN 1 LOT
PAKEJ SUMBANGAN 5 LOT
PAKEJ SUMBANGAN 10 LOT
PAKEJ SUMBANGAN 50 LOT


Ribuan terima kasih diucapkan buat tuan puan yang sudi menyumbang dan membaca sampai akhir.


Kami mendoakan agar apa yang tuan/puan infaqkan kepada masyarakat ini, mendapat ganjaran pahala yang besar dan diluaskan rezeki serta dipermudahkan urusan dunia dan akhirat oleh-Nya.


Amin ya Rabbal Alamin.